Thursday, December 08, 2011

Backstabber.

Assalamualaikum :)


Topic yang bakal dibincangkan harini ialah Backstabber atau juga dikenali Penikam Belakang *apa yang aku merepek ni haha* Semua orang mesti taksuka backstabber kan ? Tak tahu lah kalau ada sesiapa yang suka ataupun dia sendiri yang backstabber. Okay kita kembali selepas ini dalam rancangan....... Farah Meletopz ! Boom !


* 2 minit kemudian.... *


Kita bersama dalam rancangan.....Farah Meletopz ! Boom ! Haha okay stop merepek. Farah nak cerita lah sikit pasal backstabber ni. Farah selalu berdoa agar Farah tidak digolongkan dalam golongan macam ni. Nauzubillah. Siapa je yang nak kan kalau orang gelar dia backstabber ? Mesti hati korang tu bagai dihiris-hiris, disiat-siat. Rasanya macam semua orang pernah lalui apa yang Farah lalui iaitu ditikam belakang oleh kawan sendiri. Lagi parah bila kawan baik kita kan ? Farah dah banyak kali kene macam ni. Takpa, kepada sesiapa yang pernah lalui macam ni, korang jangan lah sedih okay ? Tabah, banyakkan berdoa kepada Allah swt :) Allah itu Maha Mengetahui. Korang janganlah balas pula kalau korang dalam situasi macam ni. Semua tahu apa itu Karma kan ? So kalau kawan-kawan korang backstab korang, biarkan dia. Tapi jangan lah percaya sangat dekat Karma ni sebab bukan kepercayaan kita okay.






Okay Farah nak lampirkan sedikit tips ya. Ewahh ! 


Tips untuk elakkan diri kita daripada menjadi backstabber :


  1. Kalau kita dengki dengan kawan kita, sabar je. Ataupun boleh share dengan kawan kawan lain. Dengki tu sebenanrnya kerja syaitan je. So bila korang ada perasaan macam tu, Ucapkanlah " astaghfirullah '" ataupun " A'uzubillah himinassyaitonirrajim ".
  2. Bila kita tengok love birds ke, bestfriends ke mesti kita rasa insecure kan ? Nahh, korang jangan buat apa apa. Contohnya, orang selalu nak hancurkan kebahagiaan dorang. Kononnya, apa yang aku tak dapat dia pun tak boleh dapat ! Okay, tak baik ye kawan-kawan.
Okay itu saja lah yang Farah mampu nak bagi tips. Heheh Farah bukannya pandai mana pun. So, harap korang dapat faham lah dengan topic yang Farah cakapkan ini. Harap sesiapa yang suka backstab kawan dia tu, tolonglah ubah sikap korang tu. Tak bawa kemana pun kalau korang jadi bakcstabber. Hidup tak bahagia pun. Tambah dosa adalah. Apa yang Farah cakap ni tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ataupun sesiapa yang terasa ke, Farah minta maaf sebab takda kene mengena dengan sesiapa pun topic ni. Akhir kata, Farah nak minta maaf lah kalau ada sesiapa yang terasa.


Wednesday, December 07, 2011

Assalamualaikum semua :)


Fuhh, penatnya harini. Tadi keluar pergi Times Square with Farah Nazeema and Izyan Nazihah. Dorang ni Farah kenal dekat twitter. Then lama lama jadi rapat, alhamdulillah :) Yang Farah Nazeema tu Farah dah kenal lama dah. Lastyear pun kitorang keluar jugak. Izyan tu baru kenal this year. Hihi lastyear pergi Pavi dengan Farah Nazeema a.k.a Zeezee :) Dia actually duduk dekat Sarawak. Bila cuti sekolah baru dia datang KL. So tu yang kitorang jumpa. Walaupun kenal melalui twitter, dorang ni baik sangat. Tak sangka boleh jadi rapat sebab masing masing kenal kat twitter. Hihi so tadi kitorang pergi tengok Ombak Rindu then main bowling ! Best sangat sangat. Farah takda perasaan tengok Ombak Rindu sebab haritu dah tengok :b Dalam pukul 5 macam tu kitorang pun balik. Farah baru je sampai rumah then terus update blog. Hihi tangan tu menggatal sangat, lol.


We all had so much fun today. Next time nak keluar lagi. And kitorang sempatlah bergambar. gambar itu kan untuk kenang-kenangan ;) So takkan nak lepaskan peluang. Jumpa bukannya selalu kan ? And Zeezee tu dah macam kembar Farah. Nama pun Farah and Farah kan. Hihihi dia sehati sejiwa lah dengan Farah. Farah sayang dia sangat-sangat. Hope our friendship will last forever ! So, Farah nak share lah gambar dekat korang. No hate okay ? Hehe :) Yang pakai tudung coklat tu Izyan. Yang pakai tudung pink tu Farah lah heheh :D And yang tak pakai tudung tu Zeezee :)