Thursday, December 08, 2011

Backstabber.

Assalamualaikum :)


Topic yang bakal dibincangkan harini ialah Backstabber atau juga dikenali Penikam Belakang *apa yang aku merepek ni haha* Semua orang mesti taksuka backstabber kan ? Tak tahu lah kalau ada sesiapa yang suka ataupun dia sendiri yang backstabber. Okay kita kembali selepas ini dalam rancangan....... Farah Meletopz ! Boom !


* 2 minit kemudian.... *


Kita bersama dalam rancangan.....Farah Meletopz ! Boom ! Haha okay stop merepek. Farah nak cerita lah sikit pasal backstabber ni. Farah selalu berdoa agar Farah tidak digolongkan dalam golongan macam ni. Nauzubillah. Siapa je yang nak kan kalau orang gelar dia backstabber ? Mesti hati korang tu bagai dihiris-hiris, disiat-siat. Rasanya macam semua orang pernah lalui apa yang Farah lalui iaitu ditikam belakang oleh kawan sendiri. Lagi parah bila kawan baik kita kan ? Farah dah banyak kali kene macam ni. Takpa, kepada sesiapa yang pernah lalui macam ni, korang jangan lah sedih okay ? Tabah, banyakkan berdoa kepada Allah swt :) Allah itu Maha Mengetahui. Korang janganlah balas pula kalau korang dalam situasi macam ni. Semua tahu apa itu Karma kan ? So kalau kawan-kawan korang backstab korang, biarkan dia. Tapi jangan lah percaya sangat dekat Karma ni sebab bukan kepercayaan kita okay.






Okay Farah nak lampirkan sedikit tips ya. Ewahh ! 


Tips untuk elakkan diri kita daripada menjadi backstabber :


  1. Kalau kita dengki dengan kawan kita, sabar je. Ataupun boleh share dengan kawan kawan lain. Dengki tu sebenanrnya kerja syaitan je. So bila korang ada perasaan macam tu, Ucapkanlah " astaghfirullah '" ataupun " A'uzubillah himinassyaitonirrajim ".
  2. Bila kita tengok love birds ke, bestfriends ke mesti kita rasa insecure kan ? Nahh, korang jangan buat apa apa. Contohnya, orang selalu nak hancurkan kebahagiaan dorang. Kononnya, apa yang aku tak dapat dia pun tak boleh dapat ! Okay, tak baik ye kawan-kawan.
Okay itu saja lah yang Farah mampu nak bagi tips. Heheh Farah bukannya pandai mana pun. So, harap korang dapat faham lah dengan topic yang Farah cakapkan ini. Harap sesiapa yang suka backstab kawan dia tu, tolonglah ubah sikap korang tu. Tak bawa kemana pun kalau korang jadi bakcstabber. Hidup tak bahagia pun. Tambah dosa adalah. Apa yang Farah cakap ni tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ataupun sesiapa yang terasa ke, Farah minta maaf sebab takda kene mengena dengan sesiapa pun topic ni. Akhir kata, Farah nak minta maaf lah kalau ada sesiapa yang terasa.


Wednesday, December 07, 2011

Assalamualaikum semua :)


Fuhh, penatnya harini. Tadi keluar pergi Times Square with Farah Nazeema and Izyan Nazihah. Dorang ni Farah kenal dekat twitter. Then lama lama jadi rapat, alhamdulillah :) Yang Farah Nazeema tu Farah dah kenal lama dah. Lastyear pun kitorang keluar jugak. Izyan tu baru kenal this year. Hihi lastyear pergi Pavi dengan Farah Nazeema a.k.a Zeezee :) Dia actually duduk dekat Sarawak. Bila cuti sekolah baru dia datang KL. So tu yang kitorang jumpa. Walaupun kenal melalui twitter, dorang ni baik sangat. Tak sangka boleh jadi rapat sebab masing masing kenal kat twitter. Hihi so tadi kitorang pergi tengok Ombak Rindu then main bowling ! Best sangat sangat. Farah takda perasaan tengok Ombak Rindu sebab haritu dah tengok :b Dalam pukul 5 macam tu kitorang pun balik. Farah baru je sampai rumah then terus update blog. Hihi tangan tu menggatal sangat, lol.


We all had so much fun today. Next time nak keluar lagi. And kitorang sempatlah bergambar. gambar itu kan untuk kenang-kenangan ;) So takkan nak lepaskan peluang. Jumpa bukannya selalu kan ? And Zeezee tu dah macam kembar Farah. Nama pun Farah and Farah kan. Hihihi dia sehati sejiwa lah dengan Farah. Farah sayang dia sangat-sangat. Hope our friendship will last forever ! So, Farah nak share lah gambar dekat korang. No hate okay ? Hehe :) Yang pakai tudung coklat tu Izyan. Yang pakai tudung pink tu Farah lah heheh :D And yang tak pakai tudung tu Zeezee :)







Sunday, December 04, 2011

Karnival Jom Heboh :)



Assalamaulaikum semua :)


Nak cerita sikit dekat korang pasal Jom Heboh. Semua tahu kan yang 3-4 December ada Karnival Jom Heboh dkt Bukit Jalil. So tadi Farah pergi dengan kakak and boyfriend kakak :) Kitorang pergi dalam pukul 2 petang macam tu lah. Jalan memang jem gila tahap maksima dah hihi. Tapi kami sanggup redah juga. Sampai sana je rasa nak pengsan. Orang ramai gila ! hehehe :D


Dapat jumpa Akim AF tu, comel gila okay ! Pengsan :S Hihihi yang paling penting kita dapat jumpa kumpulan Forteen and Azlee Khairi !! Ahhh, Azlee Khairi handsome to the max okay! Kami sempat beramah mesra lagi hihih. Dia handsome sangat sangat, suka bila dia senyum :') Dia panggil Farah "adik" okay! Hihi dia sempat lambai lagi sbb masa tu Faraah betul betul depan dia. Okay nak share gambar boleh ? Maybe korang semua tak kenal dia sangat kan ? Hihihi dia baru nak popular. So support dia okay ? :) Ewahh, macam apa je hihihi.


Farah suka pergi Jom Heboh sbb nak shopping best ! Barang mcm murah murah je. Farah beli 1 bag Nestea, then Chipsmore then Bliss. 1 bag besar tu semua RM 10. Puas sangat sbb berpatutan. Hihi lepastu dah jalan-jalan, baliklah. Tak tahan sebab panas. Balik rumah mmg sunburn habis ! Ish ish, takpa janji dapat jumpa Abg Azlee kita ! *__* No hate okay baby ? hihihi :*



Saturday, December 03, 2011

Blog budak-budak ?

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia :)


Blog budak-budak ? Tak kisah lah siapa yang nak cakap blog Farah macam budak-budak. Farah terima je. Mungkin sebab Farah tak pandai nak adjust blog, edit semua macam korang. If korang semua taksuka, jangan visit blog Farah okay ? Its up to you guys nak cakap apa pun. " PINKY " lah, siap ada banner lah apalah. Nahh, i'm fine :) Thanks lah kepada sesiapa yang rasa nak mengutuk tu. Alhamdulillah. Ini memang cara Farah design blog Farah. Farah memang suka warna pink since I was kid :) No hate okay baby ? :*

Cuti Sekolah.



Assalamualaikum semua :)


Apa khabar ? Farah nak ucapkan selamat bercuti kepada budak budak sekolah. Korang buat apa ye cuti sekolah ni ? Macam farah, takda buat apa apa. Duduk dekat rumah je. Kdang kadang bila free baru keluar dengan kawan-kawan. Tengok wayang ke, bowling ke. Hehehe. Nanti korang semua boleh lah ya share dengan farah apa aktiviti korang cuti ni. Nak keluar dengan farah pun boleh, hihihi :p 


Hah ! Korang dah tengok Ombak Rindu ke belum ? Siapa yang belum baik pergi tengok. It was superb ! Farah dah tengok dah 1 December haritu. Sedih lah jugak. Farah nangis lah jugak, hihi malu :p Farah nak share sikit gambar Ombak Rindu and ost Ombak Rindu. Lagu dia best ! Bagi farah lah, taktahu pula bagi korang macam mana. Lagu dia slow je, jiwang sikit hihihi :p